Tuesday, August 23, 2011

Gadis yang solehah


Malam itu kota Madinah dibungkus sepi. Penduduk berada di rumah masing-masing melepaskan lelah. Ramai yang sedang dibuai mimpi. Tetapi tidak Umar. Dia menyelusuri lorong-lorong di kota Madinah seorang diri. Umar melewati satu rumah yang masih terang lampunya menandakan penghuni rumah masih berjaga. Umar berhenti seketika mendengar keluhan seorang wanita dari rumah itu.

"wahai Tuhan,kehidupan kami dihimpit kemiskinan. Tetapi khalifah Umar Al-Khattab tidak pernah ambil tahu hal kami"

Umar tersentak mendengar keluhan wanita itu. Dia memasang telinga mendengar ucapan seterusnya.

"wahai ibuku, janganlah mengeluh. sesungguhnya tuhan itu maha adil. Dia membari kita rezeki walaupun tidak dibantu oleh khalifah Umar Al-Khattab" kedengaran pula suara anak gadis.

Tahulah Umar di rumah iu tinggal seorang ibu bersama anak gadisnya.Timbul kekesalan dalam hati Umar kerana dia tidak pernah sampai ke situ. Dia berasa bersalah kerana tidak membantu keluarga itu.

"Fatimah tolong ambil susu yang ibu perah petang tadi dan tuangnya ke dalam bekas. Esok ibu hendak menjualnya ke pasar"

"Ibu kalau ada duit lebihan, belikan saya baju baru kerana baju ini sudah koyak. saya berasa malu untuk memakainya apabila keluar rumah" kata anak gadis yang bernama Fatimah itu.

Umar berasa sebak dan menangis mendengar kata-kata yang diucapkan oleh anak gadis itu.

Tiba-tiba susu yang dituang oleh Fatimah jatuh tertumpah ke lantai. Dengan rasa kesal Fatimah berkata

"ibu maafkan saya, susu ini cuma tinggal separuh sahaja"

Ibunya berasa sangat sedih dan berkata

"wahai anakku kita perlukan duit ini untuk membeli makanan dan pakaian kamu. dengan susu sedikit begini tak mungkin cukup"

Fatimah terdiam.

"campurkan susu itu dengan air" arah ibunya

"tapi ibu, khalifah Umar Al-Khattab melarang kita berbuat demikian" bantah Fatimah dengan nada lembut.

"Amirul mukminin tiada di sini, hanya kita sahaja yang mengetahuinya" kata ibunya

"tapi Allah ada dan Allah maha melihat ibu" kata Fatimah pula

Umar berasa terpegun dengan kata-kata anak gadis itu. Lantas dia istighfar. Umar memamg selalu keluar malam bagi mengetahui keadaan rakyatnya. Dia bimbang sekiranya masih ada rakyatnya yang tidak dapat tidur akibat kelaparan ataupun tiada tempat tinggal.

Umar bersyukur masih ada lagi rakyatnya yang berlaku jujur walaupun hidup mereka susah.

Esoknya Umar menyuruh Aslam, pembantunya pergi ke rumah wanita itu. Kebatulan mereka baru hendak keluar untuk menjual susu.

wanita itu meminta untuk pergi kesebelah petang agar mereka boleh menjual susu dahulu tetapi Aslam tidak membenarkan.

"Khalifah Umar Al-Khattab hendak menjemput puan datang ke rumahnya sekarang juga" kata Aslam

"bagaimana pula dengan susu kami? kalau kami tidak menjualnya kami tidak ada duit untuk membeli makanan"

"bawa sekali susu itu, pasti Khalifah Umar Al-Khattab membelinya" jawab Aslam

Khalifah Umar menyambut kedatangan mereka dengan mesra.

"wahai Amirul mukminin, adakah tuan memanggil kami kerana mahu membeli susu ini daripada kami?''

kata wanita itu

"Tidakkah kamu tahu bahwa peniaga yang jujur mendapat rezeki yang baik daripada Allah manakala peniaga yang sebaliknya mendapat kemurkaan Allah?" soal Umar

"kami tahu" kata wanita itu serba salah

"wahai Amirul mukminin, sesungguhnya susu yang kami bawa ini jenis yang baik. Tidak rugi sekiranya tuan membelinya" kata Fatimah pula

Umar tersenyum melihat Fatimah lalu berkata

"saya mahu membali susu itu dan juga mahu melamar kamu bagi dikahwinkan dengan anak lelaki saya" kata Umar.

Alangkah terkejutnya anak gadis itu dan ibunya apabila mendengar kata-kata Khalifah Umar Al-Khattab. Khalifah Umar memanggil kesemua anak lelakinya kemudian berkata

"Anak gadis dihadapan kamu ini seorang yang baik dan jujur, siapa antara kamu yang ingin menjadikannya isteri?"

lalu Asyim menyatakan kesediannya melamar anak gadis itu. Tidak lama kemudian mereka pun berkahwin dan hidup bahagia. Khalifah Umar sangat sayang kepada mereka berdua dan selalu berdoa

"wahai Tuhanku, alangkah bahagianya sekiranya ada daripada keturunanku yang mengisi dunia ini dengan keadilan sebagaimana dunia ini dipenuhi dengan kezaliman"

Tidak lama kemudian fatimah melahirkan seorang bayi perempuan yang dinamakan Laila. Apabila Laila meningkat dewasa dia dinikahkan dengan Abdul Aziz. Daripada pernikahan itu mereka dikurniakan dengan seorang putera bernama Umar bin Abdul Aziz yang akhirnya menjadi khalifah.

**macam cerita fairy tale pulak, hapily ever after. Only for them hapily ever after in jannah insyaAllah.

Tapi serius kan jalan cerita kisah benar nie sikit-sikit macam citer hollywood, ade seorang anak gadis miskin. bile putera dapat tahu si anak gadis nie baik hati dia pun melamar si gadis.

tapi ape pun pengajaran yang paling penting dalam kisah nie adalah berasa kehadiran Allah itu di mana pun kita berada. Allah bukan hanya di dalam solat, bukan hanya ketika kita membaca al-quran, bukan hanya ketika kita berzikir. Allah ada di semua tempat dan mengetahui segala-galanya.

'Dialah (Allah) yang menciptakan segala apa yang ada di langit dan di bumi untukmu kemudian Dia menuju ke langit lalu menyempurnakannya menjadi 7 langit. Dan dia Maha Mengetahui segala sesuatu'

[surah al-baqarah ayat 29]

kewujudan Allah itu lebih benar daripada kewujudan jantung kita dan bulan depan adalah bulan oktober.

wallahualam~~

1 comment:

  1. Asalamu alaikum

    nice blog "so tired" my new bloglet feel free to follow/cooment

    ReplyDelete