Monday, April 9, 2012

berubah itu susah tapi tidak mustahil kan?


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yg telah memberikan segala nikmat yg tak terkira banyaknya kalau hendak dihitung mmg tak dapatlah.

Sehingga dikatakan kalau manusia mensyukuri nikmat yg dia ada pada hari semalam, nescaya takkan ada apa yg tinggal untuknya untuk hari ini. Kerana, mesti ada yg dia tertinggal untuk mensyukuri lalu dia tak dapat nikmat itu pada keesokkan harinya. Kalaupun kita try untuk bersyukur semua nikmat yg kita dapat nescaya takkan habis sampai esok pun dan kita mungkin kena duduk di sejadah bersyukur tanpa bergerak, tapi itu pun tak tentu lagi kita akan habis mensyukuri nikmat Allah yg terlalu bnyk ni. Penglihatan, pendengaran, kaki, tangan , mulut and the list will go on without end.

Kalau sy teruskan list tu, pasti anda semua akan hanya membaca list nikmat Allah di post ini dan bukannya tajuk di atas iaitu BERUBAH.

Saya yakin, semua orang pernah terdetik di hatinya untuk berubah kepada lebih baik. 

Sbb apa?

Sbb manusia ni fitrahnya sukakan kebaikan.

Pernah saya dapat beberapa soalan tentang hendak berubah menjadi lebih baik, contohnya seperti nak menutup aurat dengan lengkap, hendak putus dengan boyfriend, hendak istiqamah melakukan kebaikan, hendak meniggalkan perkara lagha dan macam2 lagi.

Malu sedikit rasanya sbb diri saya ini pun masih bermujahadah untuk meninggalkan perkara jahiliyah yg ada dalam diri saya sendiri. Tapi dengan izin Allah saya akan cuba untuk memberikan pendapat saya tentang perkara ini.

First sekali tanya niat kita. Kenapa nak berubah? Sbb tengok semua org berubah, sbb rasa dah bosan dengan benda2 tu semua, sbb nak something new, sbb kawan suruh?

Sbb apa?

Hanya hati kita je yg tahu kan?

Atau kita rasa something is not right about this (perkara jahiliyah itu)..

Bersyukurlah, sbb Allah yg memberikan kita rasa itu semua. Biarlah apa pun sbb kita berubah in the first place tapi sekarang sy minta kita semua mengubah niat itu KERANA ALLAH.

Ambil masa sebentar dan tutup mata anda dan bisiklah “Ya Allah sesungguhnya Engkau sahaja yang tahu apa sbb aku berubah, dan aku tak kisah tentang perkara lain. Ini antara aku dan Engkau

Cukuplah hanya Allah yg tahu sbb apa kita berubah.

Sbb after kita dah ada strong connection dengan Allah,apa pun yg berlaku kita takkan kembali dengan perkara jahiliyah itu. Contohlah kita kena kutuk dengan kawan sbb pakai stokin. Kita tak rasa nak bukak stokin tu balik sbb kita tahu kaki itu aurat dan Allah nampak kita membuka aurat. Biarlah buruk di mata orang tapi mendapat tempat di sisi Allah sbb kita cuba sedaya upaya untuk menutup aurat kita.
Allah akan balas kembali usaha kita melawan nafsu dengan pahala dan keampunanNya.

Secondly, lepas niat kita start buat. Ikut individu itu sendiri. Ada certain org boleh buat sekaligus. Contoh menutup aurat, dia boleh terus pakai tudung labuh, baju longgar. Ada certain kena sikit2 , contoh tudung dah tak selimpang dan pakai stokin. Ikut kemampuan kita sendiri. Tapi dengan syarat kena buat. Contoh lain seperti dengar terlampau banyak lagu, cuba untuk kurangkan sikit2 dengan sibukkan waktu yg selalu dengar lagu tu dengan membaca Al-Quran. Buat sikit2, insyaAllah lama-lama kita akan biasa.

Always the first step is the hardest one, when u hv done the first step u already done half the job.
Yakinlah Allah akan permudahkan usaha kita bila kita hendak berubah. Lagi2 bila berubah kerana Allah, Ketahuilah Allah gembira menerima kita sbb itulah Allah memberi kita rasa nak berubah.
Thirdly, cari kawan untuk sama2 berubah. Jangan dekati org yg melakukan jahiliyah yg dulu kita pun buat. Bukanlah maksudnya kita dah tak kawan dengan mereka, Cuma jangan spend too much time dengan hanya pergi kpd mereka bila kita perlu shj. Contoh macam group discussion, nak tanya soalan pasal pelajaran, it’s okay.

Fourthly, dekatkan diri kita dengan Allah. Ingatlah Allah sebanyak2nya agar kita beruntung. Lamakan waktu sujud dan rukuk kita. Buat solat sunat, solat hajat, solat tahajjud. Baca Al-quran banyak2 dan tafsirnya. Pergi ke masjid. Pergi usrah. Pergi majlis ilmu. Buatlah apa sahaja yg dapat menjauhkan kita drpd kembali kpd jahiliyah dan mendekatkan diri kita kpd Allah. Kalaupun kita terpaksa untuk bergolek2 di atas katil, kalaupun kita perlu menangis, kalaupun kita terpaksa spend time kita untuk usrah dan majlis ilmu ; biarlah, asalkan kita berada dekat dengan Allah..
Biarlah, agar Allah redha pada kita.
Dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah, kemudian mereka terbunuh atau mati, sungguh Allah akan memberikan mereka rezeki yang baik (syurga). Dan sesungguhnya Allah pemberi rezeki yang terbaik” (Al-Hajj: 58)
Yakinlah bahawa kita berubah kerana mahu berhijrah di jalan Allah. Kalaupun kita mati sewaktu berhijrah ini Allah akan mengampunkan dosa kita dan memberikan syurga kepada kita. Beruntungnya orang yang diberi syurga itu; pada saat orang lain tak tahu tempat mereka di mana sama ada syurga atau neraka.
tetapi barang siapa yang bertaubat setelah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang” (Al-Maidah: 39)