Tuesday, April 1, 2014

Rasailah ibadahmu

aku pernah terbaca dalam satu blog, kebanyakkan daie ada problem hilang rasa ibadah pada permulaan membawa halaqah atau certain point dalam tarbiyyah. and penulis blog tu kata "tahniah kerana anda dah pun meningkat ke satu lagi level yg baru dalam tarbiyyah"

so aku keep thinking, ape maksudnya? bukankah ia satu perkara yg menyedihkan, kenapa meningkat pulak? Then Allah memberi ilham pada aku.

masihkah kita ingat pada permulaan kita mendapat tarbiyyah dan hidayah buat sikit je (solat sunat, tadabbur AQ,zikir) terus rasa, terus menangis, terus rasa Allah tu Maha Sweet dan sebagainya. tapi as time goes by, kita makin immune, kadang2 ayat2 quran tak menyentuh pun hati kita. kadang2 after buat dosa kita tak boleh nangis pun untuk bertaubat, kadang2 kita rasa malas nak buat semua benda, kadang2 rasa menyampah gile dengan akhwat A,b dan C. Here is the reason: the higher u get in this path u need to do more in order to FEEL. ya, kita dah tak boleh lah buat ibadah macam time kita tak pegang halaqah, kita kena tingkatkan ibadah kita sbb kita nak bawa org lain kepada Allah. So hubungan kita dengan Allah pun mesti kuat.

And know one thing, the essence of ibadah is DOA.

Kita ni sangat lemah. bayangkan rasa dalam hati kita sendiri pun kita tak boleh control. that's why setiap masa minta pada Allah untuk RASA kita nie sedang beribadah.
and bile semua benda nie tak jalan jugak mintalah hati yg baru, dan usaha untuk rasa along the way sbb Allah tak tanya "kau rasa tak buat ibadah sekian2?" Allah tanya "kau usaha tak untuk rasa?"

Tuesday, August 20, 2013

istighfar

pernah tak kita terasa lesu dan lemah tak bermaya tanpa sbb? rasa malas je dan rasa nak tido je sepanjang hari (melampau..)?

solutionya istighfar.

iya.

Kita manusia tak pernah terlepas melakukan dosa, boleh jadi dosa2 kita yang mengikat kita dari melakukan ketaatan kpd Allah. rasa macam best je buat perkara2 jahiliyah, rasa tak bersalah tak bersyukur kpd Allah.

saya pernah satu hari rasa tak senang duduk yang amat. itu after ketiadaan usrah dan pengisian selama seminggi lebih. jadi saya ambil tasbih dan istighfar sebanyak mana yang saya mahu. sebenarnya, tak kira pun berapa kali saya istighfar. saya pegang tasbih tu sbb nak rasa diri berzikir dan itu je ibadah khusus yang paling senang bile time yang malas macam tu. tapi amazingly I felt different. kemalasan saya berkurangan dan fikiran saya pun lebih terarah kepada Allah.

well, before nie dengar recording the story of prophets oleh imam anuar al-awlaki. Beliau mengatakan, setiap nabi pasti akan suruh umatnya bertaubat. sbb Allah akan murahkan rezeki dan bagi lagi kepada hambannya yang bertaubat.

"Maka Aku (Nuh) katakan kepada mereka: Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun; nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai".-Surah Nuh: 10-12

Beristighfar juga memberikan kekuatan kepada sesuatu umat:

"Dan (Dia Hud berkata): Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa."-Surah Hud: 52

kalau tgk scenario umat islam hari nie yang ditindas dan diperangi dan kemiskinan yang menghimpit tahulah kita apa punca masalahnya, kita masih kurang istighfar.

p/s: beristighfar adalah satu cara untuk keluar daripada kesempitan, bebas dari segala keraguan dan pembuka jalan untuk mendapatkan rezeki.

Monday, April 29, 2013

Death


If you lose to the syaitan now when the battle is easy, what will happen at the moment when it gets though. If u lose the battle when syaitan gives u his half attention what will happen to u when he gives his complete attention. which is at the moment of DEATH.

Dua: we seek refugee from you from the fitnah of life and death

by imam anuar al-awlaki title death

Tuesday, December 25, 2012

tafsir surah al-fatihah


Bila sebut Tuhan itu menguasai akhirat, orang terasa hebatnya Tuhan. Tuhan punya akhirat yang mutlak. Siapa yang boleh share kuasa Allah tentang akhirat?
Bila Tuhan sebut akhirat sahaja, tidak menyebut pun dunia, ertinya dunia itu tiada harga. Seolah-olah Tuhan berkata begini,' Dunia tiada harga pada Aku, tiada nilai walau sebelah sayap nyamuk pun. Kamu berebut sehingga bergaduh dan berperang kerana rebutkan dunia itu. Aku kiamatkan, Aku hancurkan sehingga tiada apa yang tinggal melainkan Akhirat dan Aku.

Monday, April 9, 2012

berubah itu susah tapi tidak mustahil kan?


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yg telah memberikan segala nikmat yg tak terkira banyaknya kalau hendak dihitung mmg tak dapatlah.

Sehingga dikatakan kalau manusia mensyukuri nikmat yg dia ada pada hari semalam, nescaya takkan ada apa yg tinggal untuknya untuk hari ini. Kerana, mesti ada yg dia tertinggal untuk mensyukuri lalu dia tak dapat nikmat itu pada keesokkan harinya. Kalaupun kita try untuk bersyukur semua nikmat yg kita dapat nescaya takkan habis sampai esok pun dan kita mungkin kena duduk di sejadah bersyukur tanpa bergerak, tapi itu pun tak tentu lagi kita akan habis mensyukuri nikmat Allah yg terlalu bnyk ni. Penglihatan, pendengaran, kaki, tangan , mulut and the list will go on without end.

Kalau sy teruskan list tu, pasti anda semua akan hanya membaca list nikmat Allah di post ini dan bukannya tajuk di atas iaitu BERUBAH.

Saya yakin, semua orang pernah terdetik di hatinya untuk berubah kepada lebih baik. 

Sbb apa?

Sbb manusia ni fitrahnya sukakan kebaikan.

Pernah saya dapat beberapa soalan tentang hendak berubah menjadi lebih baik, contohnya seperti nak menutup aurat dengan lengkap, hendak putus dengan boyfriend, hendak istiqamah melakukan kebaikan, hendak meniggalkan perkara lagha dan macam2 lagi.

Malu sedikit rasanya sbb diri saya ini pun masih bermujahadah untuk meninggalkan perkara jahiliyah yg ada dalam diri saya sendiri. Tapi dengan izin Allah saya akan cuba untuk memberikan pendapat saya tentang perkara ini.

First sekali tanya niat kita. Kenapa nak berubah? Sbb tengok semua org berubah, sbb rasa dah bosan dengan benda2 tu semua, sbb nak something new, sbb kawan suruh?

Sbb apa?

Hanya hati kita je yg tahu kan?

Atau kita rasa something is not right about this (perkara jahiliyah itu)..

Bersyukurlah, sbb Allah yg memberikan kita rasa itu semua. Biarlah apa pun sbb kita berubah in the first place tapi sekarang sy minta kita semua mengubah niat itu KERANA ALLAH.

Ambil masa sebentar dan tutup mata anda dan bisiklah “Ya Allah sesungguhnya Engkau sahaja yang tahu apa sbb aku berubah, dan aku tak kisah tentang perkara lain. Ini antara aku dan Engkau

Cukuplah hanya Allah yg tahu sbb apa kita berubah.

Sbb after kita dah ada strong connection dengan Allah,apa pun yg berlaku kita takkan kembali dengan perkara jahiliyah itu. Contohlah kita kena kutuk dengan kawan sbb pakai stokin. Kita tak rasa nak bukak stokin tu balik sbb kita tahu kaki itu aurat dan Allah nampak kita membuka aurat. Biarlah buruk di mata orang tapi mendapat tempat di sisi Allah sbb kita cuba sedaya upaya untuk menutup aurat kita.
Allah akan balas kembali usaha kita melawan nafsu dengan pahala dan keampunanNya.

Secondly, lepas niat kita start buat. Ikut individu itu sendiri. Ada certain org boleh buat sekaligus. Contoh menutup aurat, dia boleh terus pakai tudung labuh, baju longgar. Ada certain kena sikit2 , contoh tudung dah tak selimpang dan pakai stokin. Ikut kemampuan kita sendiri. Tapi dengan syarat kena buat. Contoh lain seperti dengar terlampau banyak lagu, cuba untuk kurangkan sikit2 dengan sibukkan waktu yg selalu dengar lagu tu dengan membaca Al-Quran. Buat sikit2, insyaAllah lama-lama kita akan biasa.

Always the first step is the hardest one, when u hv done the first step u already done half the job.
Yakinlah Allah akan permudahkan usaha kita bila kita hendak berubah. Lagi2 bila berubah kerana Allah, Ketahuilah Allah gembira menerima kita sbb itulah Allah memberi kita rasa nak berubah.
Thirdly, cari kawan untuk sama2 berubah. Jangan dekati org yg melakukan jahiliyah yg dulu kita pun buat. Bukanlah maksudnya kita dah tak kawan dengan mereka, Cuma jangan spend too much time dengan hanya pergi kpd mereka bila kita perlu shj. Contoh macam group discussion, nak tanya soalan pasal pelajaran, it’s okay.

Fourthly, dekatkan diri kita dengan Allah. Ingatlah Allah sebanyak2nya agar kita beruntung. Lamakan waktu sujud dan rukuk kita. Buat solat sunat, solat hajat, solat tahajjud. Baca Al-quran banyak2 dan tafsirnya. Pergi ke masjid. Pergi usrah. Pergi majlis ilmu. Buatlah apa sahaja yg dapat menjauhkan kita drpd kembali kpd jahiliyah dan mendekatkan diri kita kpd Allah. Kalaupun kita terpaksa untuk bergolek2 di atas katil, kalaupun kita perlu menangis, kalaupun kita terpaksa spend time kita untuk usrah dan majlis ilmu ; biarlah, asalkan kita berada dekat dengan Allah..
Biarlah, agar Allah redha pada kita.
Dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah, kemudian mereka terbunuh atau mati, sungguh Allah akan memberikan mereka rezeki yang baik (syurga). Dan sesungguhnya Allah pemberi rezeki yang terbaik” (Al-Hajj: 58)
Yakinlah bahawa kita berubah kerana mahu berhijrah di jalan Allah. Kalaupun kita mati sewaktu berhijrah ini Allah akan mengampunkan dosa kita dan memberikan syurga kepada kita. Beruntungnya orang yang diberi syurga itu; pada saat orang lain tak tahu tempat mereka di mana sama ada syurga atau neraka.
tetapi barang siapa yang bertaubat setelah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang” (Al-Maidah: 39)

Thursday, February 23, 2012

marilah kita berdoa dan berharap agar Allah sukakan mne2 amal kita yg akan menyebabkan Dia mengampunkan dosa kita, seperti mana Allah telah mengampunkan dosa seorang pelacur kerana Allah amat menyukai amalnya yang memberikan minuman kepada anjing yang kehausan.
p/s: do good even the smallest one even the simplest one, who knows there lies the barakah..=D

Tuesday, August 23, 2011

Gadis yang solehah


Malam itu kota Madinah dibungkus sepi. Penduduk berada di rumah masing-masing melepaskan lelah. Ramai yang sedang dibuai mimpi. Tetapi tidak Umar. Dia menyelusuri lorong-lorong di kota Madinah seorang diri. Umar melewati satu rumah yang masih terang lampunya menandakan penghuni rumah masih berjaga. Umar berhenti seketika mendengar keluhan seorang wanita dari rumah itu.

"wahai Tuhan,kehidupan kami dihimpit kemiskinan. Tetapi khalifah Umar Al-Khattab tidak pernah ambil tahu hal kami"

Umar tersentak mendengar keluhan wanita itu. Dia memasang telinga mendengar ucapan seterusnya.

"wahai ibuku, janganlah mengeluh. sesungguhnya tuhan itu maha adil. Dia membari kita rezeki walaupun tidak dibantu oleh khalifah Umar Al-Khattab" kedengaran pula suara anak gadis.

Tahulah Umar di rumah iu tinggal seorang ibu bersama anak gadisnya.Timbul kekesalan dalam hati Umar kerana dia tidak pernah sampai ke situ. Dia berasa bersalah kerana tidak membantu keluarga itu.

"Fatimah tolong ambil susu yang ibu perah petang tadi dan tuangnya ke dalam bekas. Esok ibu hendak menjualnya ke pasar"

"Ibu kalau ada duit lebihan, belikan saya baju baru kerana baju ini sudah koyak. saya berasa malu untuk memakainya apabila keluar rumah" kata anak gadis yang bernama Fatimah itu.

Umar berasa sebak dan menangis mendengar kata-kata yang diucapkan oleh anak gadis itu.

Tiba-tiba susu yang dituang oleh Fatimah jatuh tertumpah ke lantai. Dengan rasa kesal Fatimah berkata

"ibu maafkan saya, susu ini cuma tinggal separuh sahaja"

Ibunya berasa sangat sedih dan berkata

"wahai anakku kita perlukan duit ini untuk membeli makanan dan pakaian kamu. dengan susu sedikit begini tak mungkin cukup"

Fatimah terdiam.

"campurkan susu itu dengan air" arah ibunya

"tapi ibu, khalifah Umar Al-Khattab melarang kita berbuat demikian" bantah Fatimah dengan nada lembut.

"Amirul mukminin tiada di sini, hanya kita sahaja yang mengetahuinya" kata ibunya

"tapi Allah ada dan Allah maha melihat ibu" kata Fatimah pula

Umar berasa terpegun dengan kata-kata anak gadis itu. Lantas dia istighfar. Umar memamg selalu keluar malam bagi mengetahui keadaan rakyatnya. Dia bimbang sekiranya masih ada rakyatnya yang tidak dapat tidur akibat kelaparan ataupun tiada tempat tinggal.

Umar bersyukur masih ada lagi rakyatnya yang berlaku jujur walaupun hidup mereka susah.

Esoknya Umar menyuruh Aslam, pembantunya pergi ke rumah wanita itu. Kebatulan mereka baru hendak keluar untuk menjual susu.

wanita itu meminta untuk pergi kesebelah petang agar mereka boleh menjual susu dahulu tetapi Aslam tidak membenarkan.

"Khalifah Umar Al-Khattab hendak menjemput puan datang ke rumahnya sekarang juga" kata Aslam

"bagaimana pula dengan susu kami? kalau kami tidak menjualnya kami tidak ada duit untuk membeli makanan"

"bawa sekali susu itu, pasti Khalifah Umar Al-Khattab membelinya" jawab Aslam

Khalifah Umar menyambut kedatangan mereka dengan mesra.

"wahai Amirul mukminin, adakah tuan memanggil kami kerana mahu membeli susu ini daripada kami?''

kata wanita itu

"Tidakkah kamu tahu bahwa peniaga yang jujur mendapat rezeki yang baik daripada Allah manakala peniaga yang sebaliknya mendapat kemurkaan Allah?" soal Umar

"kami tahu" kata wanita itu serba salah

"wahai Amirul mukminin, sesungguhnya susu yang kami bawa ini jenis yang baik. Tidak rugi sekiranya tuan membelinya" kata Fatimah pula

Umar tersenyum melihat Fatimah lalu berkata

"saya mahu membali susu itu dan juga mahu melamar kamu bagi dikahwinkan dengan anak lelaki saya" kata Umar.

Alangkah terkejutnya anak gadis itu dan ibunya apabila mendengar kata-kata Khalifah Umar Al-Khattab. Khalifah Umar memanggil kesemua anak lelakinya kemudian berkata

"Anak gadis dihadapan kamu ini seorang yang baik dan jujur, siapa antara kamu yang ingin menjadikannya isteri?"

lalu Asyim menyatakan kesediannya melamar anak gadis itu. Tidak lama kemudian mereka pun berkahwin dan hidup bahagia. Khalifah Umar sangat sayang kepada mereka berdua dan selalu berdoa

"wahai Tuhanku, alangkah bahagianya sekiranya ada daripada keturunanku yang mengisi dunia ini dengan keadilan sebagaimana dunia ini dipenuhi dengan kezaliman"

Tidak lama kemudian fatimah melahirkan seorang bayi perempuan yang dinamakan Laila. Apabila Laila meningkat dewasa dia dinikahkan dengan Abdul Aziz. Daripada pernikahan itu mereka dikurniakan dengan seorang putera bernama Umar bin Abdul Aziz yang akhirnya menjadi khalifah.

**macam cerita fairy tale pulak, hapily ever after. Only for them hapily ever after in jannah insyaAllah.

Tapi serius kan jalan cerita kisah benar nie sikit-sikit macam citer hollywood, ade seorang anak gadis miskin. bile putera dapat tahu si anak gadis nie baik hati dia pun melamar si gadis.

tapi ape pun pengajaran yang paling penting dalam kisah nie adalah berasa kehadiran Allah itu di mana pun kita berada. Allah bukan hanya di dalam solat, bukan hanya ketika kita membaca al-quran, bukan hanya ketika kita berzikir. Allah ada di semua tempat dan mengetahui segala-galanya.

'Dialah (Allah) yang menciptakan segala apa yang ada di langit dan di bumi untukmu kemudian Dia menuju ke langit lalu menyempurnakannya menjadi 7 langit. Dan dia Maha Mengetahui segala sesuatu'

[surah al-baqarah ayat 29]

kewujudan Allah itu lebih benar daripada kewujudan jantung kita dan bulan depan adalah bulan oktober.

wallahualam~~