Tuesday, December 25, 2012

tafsir surah al-fatihah


Bila sebut Tuhan itu menguasai akhirat, orang terasa hebatnya Tuhan. Tuhan punya akhirat yang mutlak. Siapa yang boleh share kuasa Allah tentang akhirat?
Bila Tuhan sebut akhirat sahaja, tidak menyebut pun dunia, ertinya dunia itu tiada harga. Seolah-olah Tuhan berkata begini,' Dunia tiada harga pada Aku, tiada nilai walau sebelah sayap nyamuk pun. Kamu berebut sehingga bergaduh dan berperang kerana rebutkan dunia itu. Aku kiamatkan, Aku hancurkan sehingga tiada apa yang tinggal melainkan Akhirat dan Aku.